Friday 24 June 2011

Tafsir Ayat: Israk, Mikraj bukti kukuh kehidupan di akhirat


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
2011/06/23


FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Peristiwa ini menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan umat Islam sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus pemangkin kebangkitan umat.

Di masjid itulah, umat Islam memulakan kehidupan seharian mereka seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan Rasulullah SAW seperti firman Allah bermaksud: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril

Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah. Solat adalah tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa meninggalkan solat bermakna meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai mengalir di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi membersihkan diri. Ini perumpamaan dibuat Rasulullah bagi menggambarkan kelebihan solat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan serta keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh seharusnya difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj. Ia bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji untuk meraih keredaan Ilahi serta kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.

Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka

"Satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami"

"Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa:
1) mereka yang melakukan homoseks
2) mereka yang melakukan kahwin tangan (onani) 
3) mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang
4) mereka yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat)
5) mereka yang berkahwin antara ibu dan anak
6) mereka yang berzina dengan isteri jirannya dan,
7) mereka yang mengganggu jirannya.”




sumber jabatan kemajuan islam malaysia

Friday 17 June 2011

Renungan

Ruginya Manusia kerana tidak berilmu.

Ruginya Ilmu kerana tidak beramal.

Ruginya beramal tetapi tidak ikhlas.



Kasih manusia pada 5 perkara tetapi lupe pada 5 perkara:

Kasih manusia pada hidup tetapi mereka lupa pada mati.

Kasih manusia pada harta tetapi mereka lupa pada hisab

Kasih manusia pada mahligai tetapi mereka lupa pada kubur

Kasih manusia pada dunia tetapi mereka lupa pada akhirat

Kasih manusia pada makhluk tetapi mereka lupa pada All



Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara


Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). 

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan. 

Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu. 

Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan. 

Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.

Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.

Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?. 

Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. 

Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga. 

Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. 

Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. 

Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula. 

 Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. 

Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti. 

 Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."

Thursday 16 June 2011

Bonggol unta

sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang memakai pakaian, tetapi masih seperti telanjang (mendedahkan aurat) sehingga memalingkan lelaki ajnabi ke atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun.” (Riwayat Muslim).

Wednesday 15 June 2011

Mengapa Allah tak makbulkan doa kita?

Setiap hari kita menadah tangan berdoa memohon bermacam perkara dari Allah ta'ala. Siang malam pagi petang kita berdoa. Malah ada masa-masa kita berdoa hingga mengeluarkan air mata. Namun, mengapa doa kita masih tidak diperkenankan? Mengapa Allah tak makbulkan doa kita? Apa silapnya? 



Sedangkan Allah Ta'ala telah pun berjanji melalui firmanNya di dalam Quran;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun : 60)

Allah telah berjanji, tapi hairan,mengapa doa-doa kita langsung tidak memberikan sebarang kesan. Apa kita minta dan doa hari-hari, tak pernah kita dapat. Di mana silapnya? “Mengapa doaku tak di kabul ?”


Pertanyaan ini sebenarnya pernah dilontarkan kepada seorang ahli sufi dan wali terkenal, Ibrahim bin Adham. Apabila ditanya “Mengapa doa tidak dikabulkan?”.

Lantas Ibrahim Adham pun menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah mati.”

Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. 

Beliau menjawab, “ Ada lapan perkara, diantaranya:

  • Kamu mengetahui hak Allah, tapi kamu tetap tidak menunaikan hakNya itu. (Malah ada ramai pun yang tak tahu apakah itu hak-hak Allah yang perlu kita tunaikan, tahukah anda?)

  • Kamu membaca Al-Qur’an tetapi kamu tidak mengamalkan hukum-Nya. (Yang baca Quran memang OK, tapi bacakah anda? Baca Quran pun jarang sekali, tapi mengharapkan doa dimakbulkan…)

  • Kamu mengatakan cinta Rasulullah tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya. (Kita ni jangan kata cinta, sesetengahnya malah memperlekeh sunnah-sunnah Nabi SAW. Kata sunnah dah ketinggalan zaman dan sebagainya.)

  • Kamu mengatakan takut mati tetapi masih tidak mempersiapkan diri untuk menghadapi mati. (Bersediakah anda untuk mati? Apa bekalan yang kita dah persiapkan?) 

  • Kamu mengakui bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu ikut perangai syaitan. (Cuba periksa diri, apakah perangai syaitan yang ada dalam diri kita?)

  • Kamu selalu berdoa supaya terhindar dari api neraka, tapi kamu sendiri yang melemparkan dirimu ke dalamnya.(Doa minta jauh azab neraka kononnya, tapi dosa dan maksiat kita buat dengan selamba jer. Boleh makbul ker doa kita?) 

  • Kamu ingin memasuki Syurga, tapi kamu masih tidak melakukan amal soleh. (Kita hari-hari minta doa untuk masuk syurga, tapi buat amal ibadat malas. Solat kita cuaikan, solat sunat jarang sekali, quran kita tak baca, zikir memang tak buat, sedekah amal jariah kita kedekut taik hidung masin. Tapi kata nak syurga. Macammana tu?) 

  • Kamu sibuk memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, sedangkan keburukan dan kesalahan diri sendiri tidak pernah kamu hiraukan. (Asyik-asyik kata orang ni salah, orang ni tak betul. Kutuk sana kutuk sini. Tapi rupa-rupanya 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih')

  • Kamu mendapat pelbagai kenikmatan yang diberikan Allah swt, tetapi kamu tidak pernah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah. (Tubuh badan sihat sokmo, perut kenyang sentiasa, tapi 'Alhamdulillah' pun tak boleh nak ucap.) 

  • Kamu menguburkan jenazah orang lain, tapi tidak menginsafi diri kamu sendiri bahawa kelak kamu juga akan dikuburkan. (Tengok berita atau baca cerita pasal orang mati hari-hari, tapi tak pernah rasa insaf melihat kematian. Kita duk rasa nyawa kita panjang lagi. Kita rasa kita boleh hidup lama lagi. Lantas kita menjadi begitu culas dalam membuat bekalan hari kemudian.)
 “Jika begitu, bagaimana mungkin Allah dapat mengkabulkan doa kamu?”
 Itulah diantara sebab-sebab mengapa DOA kita tak dikabulkan oleh Allah swt. Padahal kita sangat mengharapkan doa kita dikabulkan oleh Allah swt, dan permintaan kita segera dijawab oleh-Nya.
   Apa-apapun, kita TIDAK seharusnya berputus asa dalam berdoa. Yakinlah, jika kita minta pada Allah dengan penuh pengharapan, insyaAllah permintaan kita pasti diperkenankan.
 Justeru, marilah kita terus berdoa lagi dan lagi, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan yang dirasa hari ini, mungkin ia menjadi kemanisan pada hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu juga kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa lah bertawakal kepada Allah dan jangan sekali-kali berputus asa berdoa kepadaNya.

SOLAT MACAM YAHUDI

 Buku panduan solat Yahudi

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.
Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini;
Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).
Di bawah ini Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada. Perhatikanlah :
Ini pula Yahudi mengajar dalam 'solat' boleh jalan-jalan dan bergerak2 banyak kali.
Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda  yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat. Perhatikan aksi dibawah dengan baik :
Berikut merupakan cara 'solat' Yahudi yang paling 'best' . Iaitu boleh main baring-baring sambil menekap muka ke lantai :
Serupa tapi tak sama @ sama@ serupa ? :
http://i3.ytimg.com/vi/0aHWASyMjwg/0.jpg

Jewish Prayer - الصلاة اليهودية - כריעות בשמונה עשרה



Kesimpulannya :
1) Tunaikanlah solat dengan sempurna sebelum masa berangkat tiba. Kesempurnaan solat pemangkin integriti.
2) Ciri-ciri solat Nabi yang sahih boleh diperolehi melalui kitab-kitab karangan ulamak muktabar. Bukannya melalui orang yang mendakwa dirinya sebagai ulamak.
3) Dapatkan kitab kami di atas sebagai satu solusi solat sempurna. Selagi stok masih ada.
4) Jangan bersolat cara syiah atau cara Wahhabiy persis yahudi. Bersolat cara sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.

Siapa yang Membangun Kaabah?

MAKKAH--Kaabah berkali-kali rusak sehingga harus berkali-kali dibongkar sebelum dibangun kembali. Di Museum Haramain, benda-benda itu disimpan. Ada kotak tempat menyimpan parfum yang dulu pernah mengisi ruangan Kaabah. "Ruang Kaabah isinya hanya tiga pilar dan kotak parfum itu,'' ujar Abdul Rahman, menunjuk pilar-pilar dan kotak yang letaknya berjauhan.

Petugas Museum Haramain di Ummul Joud, Makkah, itu mengantar kami keliling melihat koleksi museum. Museum ini menyimpan benda-benda dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada potongan pilar Kaabah yang bentuknya sudah seperti kayu fosil berwarna cokelat tua, disimpan bersama kunci pintu Kaabah dari kayu, juga berwarna cokelat tua. Pintu Kaabah selalu dikunci dan pemegang kunci sudah turun-temurun dari satu keluarga, sejak sebelum Nabi lahir.

Tangga kuno yang pernah dipakai untuk masuk Kaabah juga tersimpan di museum ini. Tersimpan pula pelapis Hajar Aswad serta pelapis dan pelindung Maqam Ibrahim. Jika orang orang berebut mencium pelindung Maqam Ibrahim, seharusnya yang layak dicium adalah yang tersimpan di museum ini karena usianya lebih tua dari pelindung yang sekarang dipasang.

Namun, tak ada anjuran mencium Maqam Ibrahim. Nabi hanya memberi contoh mencium Hajar Aswad.

Kotak parfum Kaabah yang disimpan di museum ini juga berwarna cokelat tua. Sewaktu masih difungsikan di dalam Kaabah, botol-botol parfum yang dipakai untuk mengharumkan ruangan Ka'bah disimpan di kotak itu.

Riwayat Kabah 


Kaabah  awalnya dibangun oleh Adam dan kemudian anak Adam, Syist, melanjutkannya. Saat terjadi banjir Nabi Nuh, Kaabah ikut musnah dan Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membangun kembali. Al-Hafiz Imaduddin Ibnu Katsir mencatat riwayat itu berasal dari ahli kitab (Bani Israil), bukan dari Nabi Muhammad.

Kaabah yang dibangun Ibrahim pernah rusak pada masa kekuasaan Kabilah Amaliq. Kaabah dibangun kembali sesuai rancangan yang dibuat Ibrahim tanpa ada penambahan ataupun pengurangan. Saat dikuasai Kabilah Jurhum, Kaabah juga mengalami kerusakan dan dibangun kembali dengan meninggikan fondasi. Pintu dibuat berdaun dua dan dikunci.

Di masa Qusai bin Kilab, Hajar Aswad sempat hilang diambil oleh anak-anak Mudhar bin Nizar dan ditanam di sebuah bukit. Qusai adalah orang pertama dari bangsa Quraisy yang mengelola Ka'bah selepas Nabi Ibrahim. Di masa Qusai ini, tinggi Ka'bah ditambah menjadi 25 hasta dan diberi atap. Setelah Hajar Aswad ditemukan, kemudian disimpan oleh Qusai, hingga masa Ka'bah dikuasai oleh Quraisy pada masa Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad membantu memasangkan Hajar Aswad itu pada tempat semestinya.

Dari masa Nabi Ibrahim hingga ke bangsa Quraisy terhitung ada 2.645 tahun. Pada masa Quraisy, ada perempuan yang membakar kemenyan untuk mengharumkan Ka'bah. Kiswah Ka'bah pun terbakar karenanya sehingga juga merusak bangunan Ka'bah. Kemudian, terjadi pula banjir yang juga menambah kerusakan Ka'bah. Peristiwa kebakaran ini yang diduga membuat warna Hajar Aswad yang semula putih permukaannya menjadi hitam.

Untuk membangun kembali Kaabah, bangsa Quraisy membeli kayu bekas kapal yang terdampar di pelabuhan Jeddah, kapal milik bangsa Rum. Kayu kapal itu kemudian digunakan untuk atap Kaabah dan tiga pilar Kaabah. Pilar Kaabah dari kayu kapal ini tercatat dipakai hingga 65 H. Potongan pilarnya tersimpan juga di museum.

Empat puluh sembilan tahun sepeninggal Nabi (yang wafat pada 632 Masehi atau tahun 11 Hijriah), Ka'bah juga terbakar. Kejadiannya saat tentara dari Syam menyerbu Makkah pada 681 Masehi, yaitu di masa penguasa Abdullah bin Az-Zubair, cucu Abu Bakar, yang berarti juga keponakan Aisyah.

Kebakaran pada masa ini mengakibatkan Hajar Aswad yang berdiameter 30 cm itu terpecah jadi tiga.

Untuk membangun kembali, seperti masa-masa sebelumnya, Kaabah diruntuhkan terlebih dulu. Abdullah AzZubair membangun Ka'bah dengan dua pintu. Satu pintu dekat Hajar Aswad, satu pintu lagi dekat sudut Rukun Yamani, lurus dengan pintu dekat Hajar Aswad. Abdullah bin Az-Zubair memasang pecahan Hajar Aswad itu dengan diberi penahan perak. Yang terpasang sekarang adalah lapan pecahan kecil Hajar Aswad bercampur dengan bahan lilin, kasturi, dan ambar.
Jumlah pecahan Hajar Aswad diperkirakan mencapai 50 butir.

Pada 693 Masehi, Hajjaj bin Yusuf Ath-Taqafi berkirim surat ke Khalifah Abdul Malik bin Marwan (khalifah kelima dari Bani Umayyah yang mulai menjadi khalifah pada 692 Masehi), memberitahukan bahwa Abdullah bin Az-Zubair membuat dua pintu untuk Ka'bah dan memasukkan Hijir Ismail ke dalam bangunan Ka'bah.

Hajjaj ingin mengembalikan Kaabah seperti di masa Quraisy; satu pintu dan Hijir Ismail berada di luar bangunan Ka'bah. Maka, oleh Hajjaj, pintu kedua--yang berada di sebelah barat dekat Rukun Yamani--ditutup kembali dan Hijir Ismail dikembalikan seperti semula, yakni berada di luar bangunan Ka'bah.

Akan tetapi, Khalifah Abdul Malik belakangan menyesal setelah mengetahui Ka'bah di masa Abdullah bin AzZubair dibangun berdasarkan hadis riwayat Aisyah. Di masa berikutnya, Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengembalikan bangunan Ka'bah serupa dengan yang dibangun Abdullah bin Az-Zubair karena sesuai dengan keinginan Nabi. Namun, Imam Malik menasihatinya agar tidak menjadikan Ka'bah sebagai bangunan yang selalu diubah sesuai kehendak setiap pemimpin. Jika itu terjadi, menurut Imam Malik, akan hilang kehebatannya di hati kaum Mukmin.

Pada 1630 Masehi, Kaabah rusak akibat diterjang banjir. Sultan Murad Khan IV membangun kembali, sesuai bangunan Hajjaj bin Yusuf hingga bertahan 400 tahun lamanya pada masa pemerintahan Sultan Abdul Abdul Aziz. Sultan inilah yang memulai projek pertama pelebaran Masjidil Haram.

Replika mushaf di Museum ini tersimpan pula replika Quran mushaf Usmani yang bacaannya, susunan surah dan ayatnya, serta jumlah surah dan ayatnya dipakai sebagai panduan hingga sekarang. Yang berbeda cuma bentuk hurufnya.

Pada masa Khalifah Usman bin Affan (35 H) dibuatlah standardisasi penulisan Quran. Di masa itu, sahabat sahabat Nabi memiliki mushaf yang berbeda satu sama lain, baik dalam hal bacaan, susunan surah dan ayat, maupun jumlah surah dan ayat.

Mushaf yang dimiliki Ibnu Mas'ud, misalnya, tidak menyertakan Surat AlFatihah dan susunan surat yang berbeda. Surah keenam bukanlah Surah Al-An'am, melainkan Surah Yunus.

Quran Ali bin Abi Thalib juga tak memiliki Surah Al-Fatihah. Ali juga tak memasukkan surah ke-13, 34, 66, dan 96 ke mushafnya. "Ukuran mushaf Usman yang asli berbeda dari yang ini.
Ini hanya duplikat,'' ujar Abdul Rahman.

Tuesday 14 June 2011

Abul Wafa Al-Buzjani Pakar Metamatik Dunia Islam.

math 
Jika Anda pernah mempelajari matematik tentu pernah mengenal istilah secan dan co secan. Ternyata, Abul Wafalah yang pertama kali memperkenalkan istilah matematik yang sangat penting itu.
Ahli matematik Muslim fenomenal di era keemasan Islam ternyata bukan hanya Al-Khawarizmi. Pada abad ke-10 M, peradaban Islam juga pernah memiliki seorang matematikus yang tak kalah hebat dibandingkan Khawarizmi. Matematikus Muslim yang namanya terbilang kurang akrab terdengar itu bernama Abul Wafa Al-Buzjani.
“Ia adalah salah satu matematikus terhebat yang dimiliki perabadan Islam,” papar peneliti Sejarah Sains, George Sarton dalam bukunya bertajuk Introduction to the History of Science.
Abul Wafa adalah seorang saintis serba boleh. Selain hebat di bidang matematik, ia pun terkenal sebagai jurutera dan astronomer terkenal pada zamannya.
Kiprah dan pemikirannya di bidang sains diakui peradaban Barat. Sebagai bentuk pengakuan dunia atas jasanya mengembangkan astronomi, organisasi astronomi dunia mengabadikannya menjadi nama salah satu kawah bulan. Dalam bidang matematik, Abul Wafa pun banyak memberi sumbangan yang sangat penting bagi pengembangan ilmu berhitung itu.
“Abul Wafa adalah matematikus terbesar di abad ke 10 M,” ungkap Kattani. Betapa tidak. Sepanjang hidupnya, sang ilmuwan telah berjasa melahirkan sederet inovasi penting bagi ilmu matematik. Ia tercatat menulis kritik atas pemikiran Eucklid, Diophantos dan Al-Khawarizmi sayang risalah itu telah hilang. Sang ilmuwanpun mewariskan Kitab Al-Kami (Buku Lengkap) yang membahas tentang ilmu hitung (aritmatika) praktis. Sumbangan lainnya yang tak kalah penting dalam ilmu matematik adalah Kitab Al-Handasa yang mengkaji penerapan geometri. Ia juga berjasa besar dalam mengembangkan trigonometri.
Abul Wafa tercatat sebagai matematikus pertama yang mencetuskan rumus umum si nus. Selain itu, sang matematikus pun mencetuskan metode baru membentuk tabel sinus. Ia juga membenarkan nilai sinus 30 derajat ke tempat desimel kedelapan. Yang lebih mengagumkan lagi, Abul Wafa membuat studi khusus tentang tangen serta menghitung sebuah tabel tangen.
Jika Anda pernah mempelajari matematik tentu pernah mengenal istilah secan dan co secan. Ternyata, Abul Wafalah yang pertama kali memperkenalkan istilah matematik yang sangat penting itu. Abu Wafa dikenal sangat jenius dalam bidang geometri. Ia mampu menyelasikan masalah-masalah geometri dengan sangat tangkas.
Buah pemikirannya dalam matematik sangat berpengaruh di dunia Barat. Pada abad ke-19 M, Baron Carra de Vaux mengambil konsep secan yang dicetuskan Abul Wafa. Sayangnya, di dunia Islam justru namanya sangat jarang terdengar. Nyaris tak pernah, pelajaran sejarah peradaban Islam yang diajarkan di Tanah Air mengulas dan memperkenalkan sosok dan buah pikir Abul Wafa. Sungguh ironis.
Sejatinya, ilmuwan serba boleh itu bernama Abu al-Wafa Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn Abbas al-Buzjani. Ia terlahir di Buzjan, Khurasan (Iran) pada tanggal 10 Juni 940/328 H. Ia belajar matematik dari pakciknya bernama Abu Umar al- Maghazli dan Abu Abdullah Muhammad Ibn Ataba. Sedangkan, ilmu geometri dikenalnya dari Abu
Yahya al-Marudi dan Abu al-Ala’ Ibn Karnib.
Abul Wafa tumbuh besar di era bangkitnya sebuah dinasti Islam baru yang berkuasa di wilayah Iran. Dinasti yang bernama Buwaih itu berkuasa di wilayah Persia — Iran dan Irak ñ pada tahun 945 hingga 1055 M. Kesultanan Buwaih menancapkan benderanya di antara periode peralihan kekuasaan dari Arab ke Turki. Dinasti yang berasal dari suku Turki itu mampu menggulingkan kekuasaan Dinasti Abbasiyah yang berpusat di Baghdad pada masa kepemimpinan Ahmad Buyeh.
Dinasti Buwaih memindahkan ibu kota pemerintahannya ke Baghdad saat Adud Ad-Dawlah berkuasa dari tahun 949 hingga 983 M. Pemerintahan Adud Ad- Dawlah sangat mendukung dan memfasilitasi para ilmuwan dan seniman.
Dukungan itulah yang membuat Abul Wafa memutuskan hijrah dari kampung halamannya ke Baghdad. Sang ilmuwan dari Khurasan ini lalu memutuskan untuk mendedikasikan dirinya bagi ilmu pengetahuan di istana Adud ad-Dawlah pada tahun 959 M. Abul Wafa bukanlah satu satunya matematikus yang mengabdikan dirinya bagi ilmu pengetahuan di istana itu.
Matematikus lainnya yang juga bekerja di istana Adud ad-Dawlah antara lain; Al- Quhi dan Al-Sijzi. Pada tahun 983 M, suksesi kepemimpinan terjadi di Dinasti Buwaih. Adyd ad-Dawlah digantikan puteranya bernama Sharaf ad-Dawlah. Sama seperti sang ayah, sultan baru itu juga sangat mendukung perkembangan matematik dan astronomi. Abul Wafa pun makin betah kerja di istana.
Kecintaan sang sultan pada astronomi makin memuncak ketika dirinya ingin membangun sebuah observatorium. Abul Wafa dan temannya Al-Quhi pun mewujudkan ambisi sang sulatan. Obser vatorium astronomi itu dibangun di taman istana sultan di kota Baghdad. Kerja keras Abul Wafa pun berhasil. Observatorium itu secara resmi dibuka pada bulan Juni 988 M.
Untuk memantau bintang dari observatorium itu, secara khusus Abul Wafa membangun kuadran dinding. Sayang, observatorium tak bertahan lama. Begitu Sultan Sharaf ad-Dawlah wafat, observatorium itu pun lalu ditutup. Sederet karya besar telah dihasilkan Abul Wafa selama mendedikasikan dirinya di istana sultan Buwaih.
Beberapa kitab bernilai yang ditulisnya antara lain; Kitab fima Yahtaju Ilaihi al- Kuttab wa al-Ummal min ‘Ilm al-Hisab sebuah buku tentang aritmatika. Dua salinan kitab itu, sayangnya tak lengkap, kini berada di perpustakaan Leiden, Belanda serta Kairo Mesir. Ia juga menulis “Kitab al-Kamil”.
Dalam geometri, ia menulis “Kitab fima Yahtaj Ilaih as-Suna’ fi ‘Amal al-Handasa”. Buku itu ditulisnya atas permintaan khusus dari Khalifah Baha’ ad Dawla. Salinannya berada di perpustakaan Masjid Aya Sofya, Istanbul. Kitab al-Majesti adalah buku karya Abul Wafa yang paling terkenal dari semua buku yang ditulisnya. Salinannya yang juga sudah tak lengkap kini tersimpan di Perpustakaan nasional Paris, Perancis.
Sayangnya, risalah yang di buatnya tentang kritik terhadap pemikiran Euclid, Diophantus serta Al-Khawarizmi sudah musnah dan hilang. Sungguh peradaban modern berutang budi kepada Abul Wafa. Hasil penelitian dan karya-karyanya yang ditorehkan dalam sederet kitab memberi pengaruh yang sangat signifikan bagi pengembangan ilmu pengetahun, terutama trigonometri dan astronomi.
Sang matematikus terhebat di abad ke-10 itu tutup usia pada 15 Juli 998 di kota Baghdad, Irak. Namun, hasil karya dan pemikirannya hingga kini masih tetap hidup.
Abadi di Kawah Bulan
Abul Wafa memang fenomenal. Meski di dunia Islam modern namanya tak terlalu dikenal, namun di Barat sosoknya justru sangat berkilau. Tak heran, jika sang ilmuwan Muslim itu begitu dihormati dan disegani. Orang Barat tetap menyebutnya dengan nama Abul Wafa. Untuk menghormati pengabdian dan dedikasinya dalam mengembangkan astronomi namanyapun diabadikan di kawah bulan.
Di antara sederet ulama dan ilmuwan Muslim yang dimiliki peradaban Islam, hanya 24 tokoh saja yang diabadikan di kawah bulan dan telah mendapat pengakuan dari Organisasi Astronomi Internasional (IAU). Ke-24 tokoh Muslim itu rasmi diakui IAU sebagai nama kawah bulan secara bertahap pada abad ke-20 M, antara tahun 1935, 1961, 1970 dan 1976. salah satunya Abul Wafa.
Kebanyakan, ilmuwan Muslim diadadikan di kawah bulan dengan nama panggilan Barat. Abul Wafa adalah salah satu ilmuwan yang diabadikan di kawah bulan dengan nama asli. Kawah bulan Abul Wafa terletak di koordinat 1.00 Timur, 116.60 Timur. Diameter kawah bulan Abul Wafa diameternya mencapai 55 km. Kedalaman kawah bulan itu mencapai 2,8 km.
Lokasi kawah bulan Abul Wafa terletak di dekat ekuator bulan. Letaknya berdekatan dengan sepasangang kawah Ctesibius dan Heron di sebelah timur. Di sebelah baratdaya kawah bulan Abul Wafa terdapat kawah Vesalius dan di arah timur laut terdapat kawah bulan yang lebih besar bernama King. Begitulah dunia astronomi modern mengakui jasa dan kontribusinya sebagai seorang astronom di abad X.
Matematik Ala Abul Wafa
Salah satu jasa terbesar yang diberikan Abul Wafa bagi studi matematik adalah trigonometri. Trigonometri berasal dari kata trigonon = tiga sudut dan metro = mengukur. Ini adalah adalah sebuah cabang matematik yang berhadapan dengan sudut segi tiga dan fungsi trigonmet rik seperti sinus, cosinus, dan tangen.
Trigonometri memiliki hubungan dengan geometri, meskipun ada ketidaksetujuan tentang apa hubungannya; bagi beberapa orang, trigonometri adalah bagian dari geometri. Dalam trigonometri, Abul Wafa telah memperkenalkan fungsi tangen dan memperbaiki metode penghitungan tabel trigonometri. Ia juga tutur memecahkan sejumlah masalah yang berkaitan dengan spherical triangles.
Secara khusus, Abul Wafa berhasil menyusun rumus yang menjadi identitas trigonometri. Inilah rumus yang dihasilkannya itu:
sin(a + b) = sin(a)cos(b) +
cos(a)sin(b)
cos(2a) = 1 – 2sin2(a)
sin(2a) = 2sin(a)cos(a)
Selain itu, Abul Wafa pun berhasil membentuk rumus geometri untuk parabola, yakni:
x4 = a and x4 + ax3 = b.
Rumus-rumus penting itu hanyalah secuil hasil pemikiran Abul Wafa yang hingga kini masih bertahan. Kemampuannya menciptakan rumus-rumus baru matematik membuktikan bahwa Abul Wafa adalah matematikus Muslim yang sangat jenius.

Kelebihan Lelaki Pada Akalnya

image.png

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, 
bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, 
matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam 
yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam 
kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu 
dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. 
Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; 
contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada 
sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada 
malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka 
mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. 
Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa sudah 
jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa 
batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak mengguna-
kan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa 
masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal telah  
hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah, lelaki dengan gejala dadah.
Kata orang tua-tua, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir 
berkubur. Apa akan terjadi?