Tuesday 31 May 2011

Kasihnya Allah kepada Wanita


 
Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam. Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori taraf keistimewaan ini kepada kaum wanita.

Hakikatnya, ´betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.´ Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sebagaimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah s.w.t tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu, kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pelindung di dalam keluarga (pemimpin) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lantas kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah kalau boleh mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang dibuat oleh manusia seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7.00 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan banyak lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.

Allah s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah s.w.t kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.

GELARAN ´ISTERI´ DI DALAM AL-QURAN

Perkataan yang Allah s.w.t gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah ´husband´ manakala perkataan untuk isteri ialah ´wife´. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ´mari´ manakala perkataan ´femme´ untuk isteri.

Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza ´zaujuh´ dan ´zaujat´. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ´zaujuh´ yang bermakna ´pasangan´. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita. 

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran.

Namun, gelaran ´zaujuh´ ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut ´zaujuh´. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam al-Quran, mereka disebut ´imraah´, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.

PEMBELAAN RASULULLAH TERHADAP WANITA

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:
1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan ´di bawah telapak kaki´ dan bukan ´di dalam tangan´ atau ´di sisi seorang ibu´? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.
2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.
3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu ´Asakir)
4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam suatu masyarakat yang bertakwa, kaum wanita tidak perlu bimbang bahawa mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka dapat meyakini bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIA

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w..t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.

DIBERI PAHALA YANG BERTERUSAN

Wanita disebut ´kurang dari sudut agama´, tetapi ini bukan bermaksud bahawa wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Bagaimanapun, oleh kerana pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah s.w.t tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan karenah anaknya pula, maka makin banyaklah pahala yang Allah s.w.t sediakan untuknya.

Begitu Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada wanita. Maha Pengasihnyanya Allah s.w.t kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah para wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada seseorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah s.w.t tawarkan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya.



Saturday 28 May 2011

Apa itu ISTIDRAJ?

اسلام عليكم ورحمة لله وبركاته

Istidraj.. Sesuatu nikmat atau kesenangan yang berupa harta kekayaan, pangkat dan darjat, kesihatan dan juga ilmu dunia ataupun akhirat (jika digunakan semata-mata mengejar kesenagan dunia) yang dikurniakan Allah kepada seseorang Muslim yang umumnya tidak mengabdikan diri kpd Allah. Contoh seorang Muslim, tidak pernah sembahyang, puasa, zakat dan haji walaupun mampu, tetapi Allah tetap memberikannya harta kekayaan yang melimpah-limpah, beserta kedudukan pangkat dalam masyarakat. Seolah-olah permberian itu untuk menyesatkan lagi dirinya dari mengabdikan diri kpd Allah. Ini sebenarnya satu ujian yang amat berat bagi umat manusia, jika diuji dengan bala bencana, mereka cepat insaf, merasakan akan kemurkaan Allah dan mereka cepat2 bertaubat. Tapi  bila diuji dengan kesenangan dunia mereka merasakan seolah-olah Allah sayang pada mereka dan tidak perlu merasa bersalah. Keadaan sebegini mengakibatkan seseorang itu tidak tidak sedar akan kesalahannya sehingga nyawanya berada dihalkum dan Allah perlihatkan tempat kembalinya diakhirat. Segalanya telah terlambat.

Wallahua'lam
Ibnu Hamzah

Thursday 26 May 2011

P. Ramlee, Kreativiti dan Alif Mim Nun Wau.


 
oleh Mazir Ibrahim

Satu-satunya manusia yang masih terus diingati, dipuja dan diperkatakan melebihi susuk mana-mana ahli politik sebesar Tunku Abdul Rahman, Tun Razak atau Tun Mahathir sekali pun, hanyalah P.Ramlee. Kisah tentangnya atau karyanya akan senantiasa diputar di kaca TV dan Radio. Kita percaya, pengaruh ini akan kekal berpanjangan, melebihi ingatan rakyat kepada Tunku, Tun Razak atau pun Mahathir sendiri.
Kita semakin menyedari bahawa bakat dan karya beliau lahir dalam lingkungan persekitaran sebuah zaman perantaraan pra-kemerdekaan 40-an, merdeka 50-an dan pasca kemerdekaan 60-70-an. Bingkai masa ini sangat signifikan dengan perkembangan budaya, sosio ekonomi dan politik tanahair. Ini mungkin dapat memberi gambaran dengan lebih jelas tentang realiti budaya dan bangsa kita sendiri.
Era 40-an
Singapura pada sekitar tahun 40an merupakan kota besar. Kota yang menjadi tumpuan umum seperti mana Kuala Lumpur pada masa ini. Tetapi pada zaman itu, Kuala Lumpur bukanlah kota yang setanding Singapura, malah ia antara wilayah asing yang tidak menarik. Secara tidak rasmi, British menjadikan Singapura sebagai ibu kota Tanah Melayu. Kota ini juga menjadi idaman tentera Jepun sewaktu menakluk Semenanjung Tanah Melayu.
Pada zaman itu, kota ini bukan kota bangsa Melayu atau Cina, India, Arab atau Mat Salleh, tetapi ia adalah Kota Budaya. Kota ini menjanjikan kepelbagaian budaya yang merancakkan kegiatan hiburan, pembangunan dan perniagaan. Tidak hairanlah bila ia menjadi tumpuan artis, pengarah, penerbit dan peniaga dari seluruh dunia untuk bekerja dan menjadikan kota ini sebagai pusat industri seni dan hiburan yang besar. Pada masa itu, difahamkan industri filem Melayu di Singapura mempunyai kepakaran, teknologi dan budaya kerja yang standing, kalau pun tak lebih maju berbanding industri filem di Hong Kong dan Bollywood. Puncanya, bukan kerana insan seperti P.Ramlee, B.S. Rajan, L. Krishnan atau kilang filem Shaw Brothers, tetapi kerana pakej yang ada pada kota itu sendiri.
Kota Singapura
Bagaimana British membina kota ini? Secara ringkasnya, hasil dari politik Stamford Raffles dengan pembesar-pembesar Melayu khususnya bangsawan Johor, maka Singapura dapat ditadbir oleh beliau atau dengan lebih tepat lagi diurus oleh Syarikat Hindia Timur British. Pelabuhan dan perdagangan menemukan semua bangsa dari serata benua. Kota ini membangun dengan objektif menjadikan ianya sebagai pusat perniagaan. Keterbukaan pentadbiran Syarikat Hindia Timur British ini telah menjadikan ekonomi dan sosial wilayah Singapura hidup dengan segala macam persaingan yang aktif. Inilah kerangka bagaimana sebuah pulau menjadi kota budaya milik semua kaum yang bebas untuk berdagang.
Era berkarya
Era 40-50-an inilah kita melihat kelahiran karya-karya P.Ramlee dan juga karya dari seniman lain muncul dengan idea yang segar. Kita tidak akan lupa pada filem Ibu (’53) Panggilan Pulau (’54), Penarek Becha (’55), Anakku Sazali (’56), Sarjan Hassan (‘58), Antara Dua Darjat (’60), Ibu Mertuaku (’62) dan banyak lagi. Zaman kegemilangan itu, industri filem dan muzik bukan bercita-cita untuk mengangkat martabat budaya bangsa (Melayu) atau untuk membuktikan kita ‘Boleh’, sebaliknya karya-karya dihasilkan semata-mata kerana semangat atau `berahi berkarya’ atau dengan maksud lebih jelas, kerana budaya berkarya dalam industri. Itu sahaja.
Walau pun bukan kerana objektif yang `mulia’, karya-karya ini jelas memaparkan budaya bangsa, tidak kira Melayu, Cina atau India. Bahasa pertuturan filem juga lebih bermutu daripada sekarang. Malah, kaum-kaum lain juga tidak menafikan kelebihan P.Ramlee sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang amat kreatif, unik dan berbakat besar. Tidak ada salahnya sesuatu kaum itu mempunyai kelebihan dalam satu-satu bidang. Itu realiti bagi yang berusaha gigih. Pada masa itu, kaum Cina mendominasi aspek perniagaan, kaum Melayu mendominasi aspek kretiviti dan inovasi. Kerjasama antara tauke Cina kilang filem dengan karyawan Melayu amat jelas dan mudah – profesional.
Era P.Ramlee
Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia bersama Sabah dan Sarawak atas faktor keadaan politik pada masa itu. Selama tempoh itu, keadaan politik Tanah Melayu dan Singapura terus bergolak dengan mogok pekerja, pengaruh komunis dan isu perkauman, akhirnya pada Ogos 1965 Malaysia memecat Singapura dan ia menjadi sebuah negara republik.
Jika kita perhatikan antara awal tahun 50-an hingga petengahan 60-an, kita dapat melihat karya-karya yang bermutu dari P.Ramlee, tetapi selepas itu di Studio Merdeka Kuala Lumpur, mutu karya-karya P.Ramlee mula merudum, ‘64 Si Tora Harimau Jadian, ‘65 Ragam P. Ramlee, Dajal Suchi, ‘66 Sabarudin Tukang Kasut, ‘67 Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, ‘68 Lain Jalan Ka-Shorga, Gerimis, Ahmad Albab , ‘69 Kanchan Tirana, Bukan Salah Ibu Mengandong, Enam Jahanam, ‘70 Dr. Rushdi, Gelora, ‘71 Putus Sudah Kaseh Sayang, Durjana, Jangan Tinggal Daku antaranya. Jika tidak kerana sejarah, karya-karya ini sememangnya tidak begitu tinggi mutu. Malah P.Ramlee sendiri mengakui kekecewaannya pada karya-karya era ini.
Apakah keadaan yang berlaku pada karya P.Ramlee mempunyai signifikannya dengan keadaan politik pada masa itu? Atau, apakah jenaka “..alif mim nun wau, alif tendang wau bunyinya sarkis..” dalam filem Pendekar Bujang Lapok itu hanya ungkapan sinis kosong beliau? Atau filem Antara Dua Darjat hanya sekadar kisah cinta terhalang kerana keturunan? Jenaka dan idea-idea beliau ini telah menjadikannya seniman yang paling berpengaruh kepada masyarakat. Untuk itu, barangkali dia harus membayar harga yang amat mahal pada hujung usianya apabila tersepit dengan arus politik yang dianngap sesetengah pemerhati seni budaya sebagai membunuh kreativitinya.
Era DEB
Di zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, dasar pentadbirannya tidak banyak berbeza dengan dasar penjajah British. Ruang sosial dan kegiatan kebudayaan Melayu tidak begitu dikawal – terbuka dan bebas. Hanya kebebasan politik dan ideologi dikawal ketat. Setelah berlaku rusuhan kaum pada 1969, Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang menggantikan Tunku, telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada awal 70-an. Dan ketika itu juga pada 1971, diadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Secara objektifnya, dasar ini adalah untuk membela dan membangunkan taraf hidup kaum Bumiputera Melayu baik di bidang ekonomi mahu pun kebudayaan. Ketika dasar ini diperkenalkan, hampir tiada langsung bantahan dari rakyat malah dasar ini dianggap sebagai penyelamat kepada kaum Melayu.
Namun, dalam proses perlaksanaan dasar-dasar ini, barulah kelihatan sedikit demi sedikit kecacatannya. Walau pun DEB hanya diperkenalkan seawal tahun 1970, usaha tersebut telah digerakkan sejak Tun Razak menjadi Menteri Pelajaran yang pertama bagi Malaya selepas Perikatan menang pilihan raya persekutuan 1955.
Institusi dan dasar
Daripada Penyata Razak, ditubuhkan ‘institusi’ seperti Institut Bahasa Melayu Malaysia ( IBMM 1956) dan Balai Pustara iaitu kini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 1957). Secara objektifnya, mendirikan institusi bukanlah suatu perkara yang salah, tetapi dasar dan proses pelaksanaannya menjadi satu persoalan paling besar. Penyata Razak dipertanggungjawabkan untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain. Kesemua ini tidaklah menjadi kesalahan kepada sesiapa pun, tetapi yang menimbulkan persoalan ialah niatnya – untuk mengawal dan bukan membebaskan.
Bagaimana mungkin bahasa yang ditutur diberi ‘peranan’ dan ‘fungsi’ menurut faham ahli politik? Bahasa harus dieja dan ditutur dengan betul, perkataan ‘harus’ ini bukan sekadar niat untuk mendidik tetapi ‘mengawal’ dengan akta-akta dan terma-terma yang akhirnya untuk kita – jangan buat kesalahan. Ini memberi maksud, kreativiti disekat oleh undang-undang. Beginilah gambaran bagimana kita memahami budaya (bahasa dan seni) dan pendidikan. Institusi yang dibina atas niat yang suci, pada akhirnya menjadi duri dalam daging bagi kaum Melayu sendiri. Kefahaman kepada kebebasan berbudaya semakin terhakis.
Selepas era Tun Razak, datang pula Tun Mahathir, beliau menyambung apa yang telah Tun Razak usahakan. Malah di zaman Mahathir, lebih banyak institusi ditubuhkan antaranya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS). Semua ini akhirnya digunakan untuk orang politik menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk seniman berkarya. Apa yang boleh ditulis, diterbit, dinyanyikan hinggalah apa yang patut karyawan buat. Akhirnya, tanpa sedar karyawan kita kerjanya hanya membuat kerja propaganda politik untuk orang politik.
Kepupusan budaya berkarya
Zaman pasca perang 40-an, sebelum adanya semua institusi ini, karyawan kita seperti P.Ramlee mampu berkreatif dengan senang hati dan hasil karyanya berkualiti baik dari segi idea, konsep dan teknikal. Tidak perlu bergantung pada dana dari kerajaan untuk berkarya, sebaliknya tauke-tauke filem berani melabur. Kekuatan ini tidak dapat dibandingkan selepas semua yang berkaitan seni diinstitusikan, hingga kini kita tidak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan selain daripada pencapaian dahulu. Kini kita terus hidup dalam memori indah Studio Jalan Ampas. Itu sahaja.
Dengan slogan pentadbiran kerajaan yang baru, slogan institusi yang indah-indah, skim untuk karyawan itu dan ini, bersilih ganti. Semua ini kononnya dengan niat untuk mengangkat martabat seni tempatan, filem dan muzik tempatan kepada dunia, hanyalah propaganda politik kepada masyarakat. Kerja tangan orang politiklah yang `membunuh’ bakat seperti P.Ramlee. Hari-hari terakhir Seniman Agung itu penuh duka lara kerana `sekatan’ institusi. Dengan budaya politik seperti ini, janganlah ada antara kita yang bermimpi akan lahir seorang lagi P.Ramlee. Jika P.Ramlee masih hidup sekali pun, mungkin tidak rela hidup membohongi diri sendiri.
“Keunggulan dan ketokohan P Ramlee dalam industri filem tidak dapat disangkal lagi, beliau adalah pengasas pembikin filem Singapura.” Menteri Penerangan Singapura George Yeo di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-12, 1999
Mungkinkah kebebasan untuk berkreativiti dan berkarya sudah pupus di Malaysia? – Roketkini.com

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR


BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

 

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR




 Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya:

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.


 

Saturday 21 May 2011

Persoalan Agama: Tinggal solat kerana tertidur tak dikira cuai Bersama Ustaz Zahazan Mohamed





APA yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlambat bangun untuk sembahyang Subuh? 
drpd: AHMAD,
Rawang, Selangor.
 AL-HAMDULILLAH wassolatuwas salam ‘ala Rasulillah.

JAWAPAN USTAZ:

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.”

Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.

Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).

Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya. Demikianlah, Wallahua’lam.

Persoalan Agama: Pokok berjalan, biak juadah antara mukjizat Nabi Bersama Ustaz Zahazan



Pelbagai keistimewaan dikurnia sebagai bukti kebenaran Rasulullah bimbing umat manusia

ASSALAMUALAIKUM ustaz, saya berminat membaca buku mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak banyak diceritakan mengenai Baginda. Selain daripada al-Quran, bolehkah ustaz beritahu mengenai mukjizat Baginda yang lain? Terima kasih.

Haji Karim,
Kelana Jaya.

JAWAPAN:
Alhamdulillah wassolatu wassalam `ala rasulillah waba'd. Mukjizat adalah sesuatu yang luar biasa yang diberikan kepada Nabi atau Rasul. Adapun faedah dan kepentingan mukjizat dianugerahkan untuk menguatkan pendakwaan atau sebagai bukti mereka sebagai Nabi dan Rasul kepada umat mereka, terutama kepada mereka yang enggan beriman dan bagi orang yang beriman akan bertambah keyakinan mereka.

Sebagai contoh, suatu ketika, kalangan Musyrikin Makkah mencabar Rasulullah SAW supaya membuktikan kenabiannya dengan menunjukkan beberapa tanda. Lalu Rasulullah SAW menunjukkan jarinya ke bulan, dengan serta-merta bulan terbelah dua.

Peristiwa ini jelas disebut dalam al-Quran ayat 1 dan 2 surah al-Qamar yang bermaksud: "Sudah dekat (datangnya) saat itu (Hari Kiamat) dan sudah terbelah bulan. Jika mereka (golongan Musyrikin) menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: "(Ini adalah) sihir yang dahsyat".

Walaupun sudah ditunjuk bukti kepada golongan Musyrikin, mereka tetap menolak dan mengatakannya sihir.
Ada banyak lagi hadis yang menceritakan mengenai mukjizat Nabi Muhammad SAW antaranya sebuah hadis diriwayatkan oleh Muslim iaitu suatu ketika Rasulullah keluar untuk menunaikan hajat. Baginda ditemani oleh Jabir RA yang membawa satu bekas berisi air. Di suatu tanah lapang, Rasulullah SAW mencari pokok-pokok yang dapat memagarinya, tetapi tidak kelihatan sebatang pokok pun di situ. Nun di sebelah tanah lapang itu ada dua batang pokok kayu, lalu Baginda pergi ke satu pokok sambil berkata: "Dengan perintah Allah, taatilah aku." Pokok itu turut pergi bersamanya.

Baginda melakukan perkara yang sama kepada pokok yang satu lagi yang juga datang bersamanya menghampiri pokok yang pertama tadi. Kemudian Baginda memerintahkan kedua-dua pokok itu memagarinya. Sesudah itu Baginda menyelesaikan menunaikan hajatnya di belakang pokok-pokok itu. Selepas itu Baginda menyuruh pokok-pokok itu kembali semua ke tempat asal, lalu kedua-duanya pun kembali.

Suatu ketika Baginda tidak mempunyai sesuatu apa pun untuk dimakan. Badan Baginda bertambah lemah. Abu Talhah RA kembali ke rumahnya dan menghantar beberapa keping roti yang ada di dalam rumahnya kepada Rasulullah SAW. Pada ketika itu Baginda bersama-sama sahabatnya duduk di dalam masjid. Bersama-sama kepingan roti itu dan sahabat, Baginda pun pergi ke rumah Talhah RA, lalu memecah-mecahkan kepingan roti itu. Baginda meminta sedikit minyak sapi untuk dituangkan ke atasnya. Kemudian Rasulullah SAW membahagi-bahagikannya kepada sahabat-sahabatnya. Semua mereka dapat roti dan makan dengan kenyangnya.

Ketika Perang Khandak yang mana parit sedang digali, makanan pun tiada. Rasulullah SAW bersama-sama sahabatnya menggali parit itu siang dan malam tanpa makanan. Jabir RA mempunyai seekor kambing. Beliau menyembelihnya dan menyuruh isterinya memasak daging dan membakar roti daripada tepung barli. Kemudian beliau menjemput Rasulullah SAW untuk jamuan. Walaupun beliau menjemput Rasulullah SAW seorang, Baginda sudah memanggil semua sahabatnya (yang berjumlah kira-kira 3,000 orang) ke tempat jamuan. Apabila Rasulullah SAW sampai ke rumahnya bersama sahabatnya tadi menjadikan Jabir RA berasa malu. Bagaimanapun, Rasulullah SAW menyuruh membawakan makanan itu. Baginda membacakan sesuatu dan mencampurkan air liur Baginda yang mulia pada makanan itu dan makanan itu terbukti mencukupi untuk semua.

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada al Bara' bin `Azib r.a bahawa: "Pada Hari Hudaibiyah kami bersama-sama Rasulullah SAW. Bilangan kami iaitu seramai 1,400 orang. Ada sebuah perigi yang kami keringkan (gunakan) tanpa meninggalkan sedikit air pun. Apabila Rasulullah SAW mendengar hal berkenaan, lalu Baginda pergi ke perigi itu dan duduk di tepinya. Baginda meminta satu bekas berisi air dan mengambil wuduk dan berkumur, lalu berdoa. Kemudian Baginda menuangkan air ke dalam perigi dan meminta kalangan sahabat membiarkannya beberapa ketika. Selepas itu mereka mengambil air daripada perigi itu untuk keperluan diri mereka dan binatang ternakan mereka sehinggalah mereka meninggalkannya.

Sebenarnya, banyak lagi mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada Baginda SAW selaku penghulu Nabi. Seluruh manusia tidak akan mampu menghasilkannya atau menandinginya, apatah lagi menolak atau menentangnya. Mukjizat itu adalah bukti kebenaran kerasulan Baginda SAW. Demikianlah, wallahua'lam. 

4 Punca Hidup Tidak Tenang-Bersama ustaz zahazan

Persoalan Agama: Empat punca hidup tidak tenang
Bersama Ustaz Zahazan

2011/05/22
ASSALAMUALAIKUM ustaz. Saya selalu mengalami tekanan bila berhadapan kerenah manusia sama ada di rumah, di tempat kerja dan anak-anak. Apakah ada petua untuk mengelak tekanan dan menjalani kehidupan dengan lebih tenang?

Razak,
Pulau Pinang.

ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam `ala rasulillah. Ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan. Empat perkara itu adalah:
Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: "Bismillahi `ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta'jila ma akkharta wala takkhira ma `ajjalta (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).

Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: "Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."

Ketiga: Iri hati sesama manusia, muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 54 yang bermaksud: "Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya." Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api."

Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta".

Demikian empat perkara disebut `Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu, Insya-Allah hidup akan tenang. Wallahua'lam.

pisang ubat HIV?

LONDON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati bahan kimia yang dinamakan BanLec dalam buah pisang didapati berkesan untuk merawat jangkitan HIV sama seperti dua jenis ubat anti-HIV semasa iaitu T-20 dan maraviroc, lapor sebuah akhbar semalam

BanLec merupakan sebahagian protein lektin yang banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya buah pisang.

Berdasarkan penemuan itu, mereka percaya dapat menyelamatkan nyawa jutaan penghidap HIV dengan kos murah.

Penyelidik utama kumpulan berkenaan dari Universiti Michigan, Michael Swanson berkata, BanLec bertindak seperti guni yang membungkus virus HIV dan menghalangnya daripada merebak.

"Masalah sesetengah ubat anti- HIV adalah virus tersebut cepat bermutasi dan menjadi kebal, tetapi ia sukar berbuat demikian dengan kehadiran BanLec," katanya.

Swanson kini dalam proses menghasilkan kaedah mengubah suai BanLec supaya ia sesuai untuk manusia sama ada digunakan bersendirian atau melalui kombinasi dengan ubat anti-HIV yang lain.

Friday 20 May 2011

Kelibihan dan hikmah Ayat Seribu Dinar



Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Wednesday 18 May 2011

Peringatan: Syaitan Dan Hidung

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Tuesday 17 May 2011

Tanda2 Kematian Hasnul Khatimah

Posted by Syeikh Adam
 
 
KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.


Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.


Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.


Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)


Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’


Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.

Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat.


Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian?


Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”


Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”


Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)



6. Mati disebabkan penyakit kolera
. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.


Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:

“Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.


Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’:“Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC).


Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:

“Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.


“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.


“Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.




Semoga kematian kita dalam husnul khatimah. amin amin