Wednesday 4 May 2011

A very good reminder to all of us inclusive myself...

Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Surah Al Maidah : 19 )
Doa seorang ibu

Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat.
Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi
menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali
mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya
mengapa
anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.

Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke
Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia
itu.
Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke
Mekah.
Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.

"Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.
 "Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau
pergi
ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan
engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.
 Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi,
berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.
Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata.
Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak
memperdulikan nasihatnya itu.

"Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.
 "Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya.
Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."
 Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.
 Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia
mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta,
terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang
pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi
pencuri
kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari
lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori
oleh tuan rumah.
 "Ah, celaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam
hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan
diri."
 Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang
berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil
menuding-nuding orang yang sedang berzikir.

"Pencuri, pencuri....." teriaknya keras sekali.

Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang
yang disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret
dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman
kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua
matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk
mengarak pencuri itu di hadapan umum.

"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja
di sepanjang jalan.
 Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuri
itu kepada pegawai raja:
 "Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah
begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh,
katakanlah begitu!"
 Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang
dituduh
itu. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura.
Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri itu
betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian
membebaskannya untuk dihantar ke rumah ibunya.
 Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka
pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat
berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari
dalamrumah dia mendengar ibunya sedang beroda:

"Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia
ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh
ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura
menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."
 "Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.
 "Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki,"
jawab anaknya.
 "Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.
 "Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba
telah dipotong."
 "Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan
muhrimmu?" jawab ibunya.
 "Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta,"
jawab anaknya.
Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah
anaknya sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika
roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan
ibunya sambil menangis.
 "Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang
telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada
ibu,maafkanlah ibu."
 Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu
berkata:
 "Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba
maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba
tak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya
Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak
menanggung malu lagi."
 Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama.
Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang
tua yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu

info by mr ahaks

No comments:

Post a Comment