Tuesday, 14 June 2011

Mari mencube Kek Keju Pisang Lapis Span

My Recipe : Kek Keju Pisang Lapis Span
 
Description: Description: Description: cid:image001.jpg@01CBC84A.24E566A0
 

Bahan-bahan
 
1 biji kek span-belah kepada 3 bahagian
 
Kek keju pisang
 
250gm krim keju
200gm krim putar
110gm gula kaster
45gm coklat masak-cairkan
3 sudu serbuk gelatin
1/2 cawan air panas
2 cawan pisang lenyek
1 1/2  sudu kecil esen pisang-pilihan
 
Bahan hiasan
Buah pisang-hiris
Kacang pecan
Serbuk koko
 
Cara membuat
  1. Untuk membuat kek keju, pukul krim keju dengan gula.
  2. Kemudian larutkan gelatin dengan air panas sehingga sebati dan menjadi jernih, licin dan tiada ketulan gelatin. 
  3. Masukkan coklat  dan pisang. Kacau dengan pantas dan sebati.
  4. Masukkan gelatin dan kacau dengan pantas sehingga sebati.
  5. Letakkan lapisan pertama kek span dalam acuan. Tuang kek ke cmju pisang setebal lebih kurang 15-20 cm. Kemudian tutup dengan lapisan kedua. Sambung proses sehingga lapisan kek span yang terakhir. Tutupkan atas kek span dengan aduanan kek keju pisang.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga kek set@ keras.
  7. Boleh lah dikeluarkan dan potong untuk hidangan.
  8. Hiaskan dengan bahan hiasan mengikut kreativiti anda.

No comments:

Post a Comment