Tuesday, 14 June 2011

mari mencube resepi KEK LAPIS PRUNE

KEK LAPIS PRUNE

KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara-caranya
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang. Masukkan 100 gram gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan. Pukul putih terlur sehingga kembang. Masukkan 120 gram gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara membakarnya
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat. Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan prune jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat. Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis.

Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah C, bakar lagi selama 10 minit. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

No comments:

Post a Comment