Tuesday, 17 May 2011

Wanita pertama masuk syurga sebelum anak Rasulullah S.A.W


 
selatanonline
 
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islamdan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. 
Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
 
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
 
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
 
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
 
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
 
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
 
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
 
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
 
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.

Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
 

Thursday, 12 May 2011

Bersyukur

pentafsir.jpg
Oleh DR. SIDEK BABA

BERSYUKUR adalah suatu sifat yang mulia. Remaja yang bersyukur adalah remaja yang memiliki akhlak yang terpuji. Bersyukur bermakna sandaran terima kasih atau rasa terhutang kepada Allah s.w.t. kerana rahmat dan nikmatNya. Rasa terhutang kepada Allah tidak boleh dibayar seperti manusia berhutang dengan manusia. Salah satu cabang makna Deen iaitu agama atau cara hidup beragama ialah dayana yang membawa maksud keberhutangan.

Keberhutangan kita kepada Allah s.w.t. menuntut penunaian. Apabila pedoman Allah dipatuhi, batasan salah-benar, halal-haram, baik-buruk, maaruf-mungkar dipatuhi dan diikuti sempadannya bermakna kita melangsaikan hutang dengan Allah. Hutang itu apabila dilangsaikan ia memberi faedah kepada kita kembali.

Allah memberikan kita rahmat hati dan hati digunakan sebagai neraca menyuburkan niat dan hajat yang baik, maka kebaikanlah yang akan kita lakukan. Nikmat dari kebaikan yang diamalkan menjadikan seseorang ceria dan tenang dalam melakukan apa saja kerana kebaikan dihubungkan dengan Allah s.w.t.

Sebaliknya jika pedoman Allah tidak dipatuhi hutang kita akan bertambah. Malah melanggar hukum Allah menyebabkan dosa bertambah dan ia memberi kesan buruk kepada kita.

Para remaja perlu menjadi orang bersyukur. Memahami dan menghayati rasa bersyukur bukan hanya dengan lafaz. Syukur yang memberi makna kepada diri ialah dengan amalan. Remaja terhutang dengan Allah dalam semua perkara. Hayat yang Allah kurniakan, akal yang Allah beri, kesihatan yang dianugerah, kecerdasan yang dimiliki, tenaga yang aktif adalah rahmat Allah yang amat besar.

Remaja tidak akan boleh berfikir sekiranya tidak ada akal. Berfikir adalah nikmat yang amat luar biasa bagi seseorang. Remaja tidak akan bergerak pantas sekiranya tidak diberikan kesihatan. Kesihatan yang baik menyebabkan berbagai-bagai perkara boleh dilakukan oleh remaja.

Remaja tidak akan menjadi orang cemerlang sekiranya tidak dianugerahkan kecerdasan. Kecerdasan menjadikan remaja berilmu dan akhirnya nikmat ilmu membolehkan remaja tahu atau berpengetahuan tentang diri, diri dan hubungannya dengan Pencipta dan diri, kaitannya dengan persekitaran.

Seperti juga remaja dengan ayah dan ibu atau orang lain; kebaikan yang mereka lakukan menyebabkan wujud rasa terima kasih. Memang sifat remaja memerlukan dari orang lain. Remaja tidak boleh melakukan segala-galanya melainkan perlu ada bantuan dan pertolongan orang lain.

Tanpa bantuan ibu dan bapa payah sekali remaja boleh hidup sempurna. Nasihat dan pesan ibu adalah perlu. Teguran dan pandangan ayah jangan dipandang sepi. Remaja sedang bertatih untuk dewasa.

Remaja tidak tiba-tiba tahu dan faham semua perkara. Proses belajar adalah proses seumur hidup. Ayah dan ibu telah terlebih dahulu menjalani hidup seperti juga remaja akan menjalani hidup yang sama. Bezanya remaja masih mentah dengan pengalaman dan pemikiran.

Remaja perlu belajar daripada mereka yang lebih dewasa dan matang pemikiran. Seperti juga suatu ketika nanti apabila remaja menjadi orang dewasa, berperanan sebagai ibu dan bapa keperluan yang sama juga perlu ada. Kalau tidak remaja tidak boleh menjadi seorang ibu yang pembimbing dan ayah yang pendidik.

Bagaimana rasa syukur dapat disuburkan pada diri setiap remaja. Pertama, remaja harus yakin bahawa hidup ini adalah proses belajar. Meyakini bahawa proses belajar adalah suatu tuntutan boleh menjadikan remaja orang yang dahagakan ilmu pengetahuan, bimbingan dan tunjuk ajar. Kalau keyakinan ini tidak ada remaja akan merasakan diri serba tahu, sudah pandai dan tidak perlu belajar dari orang lain. Akhirnya remaja akan terjebak dalam keadaan ketidaktahuan dan mula timbul sifat angkuh dan menutup minda dari orang lain.

Kedua, rasa ingin tahu remaja harus mendorong remaja untuk bertanya, berkongsi dan mensyukuri apa yang ada kemudian dipertingkatkan lagi supaya apa yang diketahui dan dialami dikongsi pula dengan orang lain. Remaja yang bersyukur tidak bakhil untuk memberitahu dan mendidik orang lain kerana semuanya itu adalah amanah Allah yang harus disebarluaskan. Rasa ingin tahu yang tinggi harus disuburkan dengan jiwa penerokaan dan pengkajian supaya ilmu dan kebijaksa naan remaja bertambah dan manfaat yang boleh disebarkan bertambah juga.

Bakat

Ketiga, remaja harus bina keyakinan bahawa Allah tidak memberikan bakat dan kebolehan secara sia-sia. Bayangkan pada hari ini ramai di kalangan remaja membazirkan bakatnya dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Akhirnya mereka menjadi beban kepada masyarakat dan negara dan tidak mampu menyumbang dan inilah gambaran remaja yang tidak bersyukur.

Bakat remaja harus digilap dengan ilmu, kemahiran berfikir, kekayaan pengalaman, upaya strategik yang tinggi dan kesabaran yang padu supaya para remaja apabila berperanan nanti mempunyai kualiti yang amat diperlukan bagi menghadapi kerenah perubahan yang amat mencabar. Ini juga cara bersyukur kepada Allah kerana para remaja tidak mensia-siakan bakat dan kebolehan yang diberi.

Keempat, remaja harus membina tekad bahawa berilmu adalah amanah, berfikir adalah amanah, melaksanakan ilmu yang diperolehi dan fikiran yang ada, adalah amanah yang lebih besar. Tidak mungkin bangsa Melayu dan umat Islam boleh maju tanpa kekuatan ilmu dan kesuburan berfikir.

Kekuatan ini harus mampu menempatkan remaja apabila dewasa nanti disatu tahap yang boleh berperanan membangun modal insan yang berkualiti tinggi. Ini juga tanda syukur kita kepada Allah kerana ilmu yang diperolehi dan pemikiran yang subur tidak hanya dimiliki secara sia-sia. Sebaliknya ia dilihat sebagai amanah yang perlu membentuk watak dan diri sendiri dan orang lain yang memiliki kesediaan untuk mengembangkan ilmu dan memperkasa potensi insan.

Kelima, remaja mesti ada keinginan menyumbang yang tinggi dengan jiwa yang ikhlas. Bayangkan sekiranya seseorang yang berilmu dan berketerampilan hanya memikirkan diri sendiri, kemegahan dan kemewahan diri, betapa orang-orang yang miskin ilmu dan miskin azam untuk maju. Para remaja perlu mempunyai tekad tinggi untuk terjun dalam arus mendidik dan melatih orang lain tentang betapa pentingnya dikuasai ilmu, diperteguhkan akhlak, menguasai teknologi supaya umat Islam dapat diangkat martabatnya dan dijadikan contoh dan dihormati oleh orang lain.

Ini juga tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana keunggulan yang dimiliki dapat dimanfaatkan kepada yang lain. Bila orang lain menerima manfaatnya, maka kebaikan menjadi subur dan barakah menjadi bertambah. Itulah sebaik-baik jalan yang Allah reda supaya manusia menjadi sejahtera dan baik.

Keenam, para remaja harus insaf bahawa manusia adalah fana' atau tidak kekal. Yang kekal ialah yang baqa' iaitu Allah s.w.t. Rahmat dan nikmat yang diberi harus dimanfaatkan bukan saja untuk faedah duniawi tetapi memberikan natijah akhirat atau ukhrawi. Memiliki kualiti amanah yang tinggi, dilaksanakan dalam hidup, bukan saja orang lain dapat faedahnya tetapi perbuatan amanah itu diberi pahala dan ia akan menjadi bukti amal jariah di akhirat nanti.

Ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk maksud kemajuan dan pembangunan apabila diajarkan kepada orang lain, tidak saja diri kita membangun tetapi orang lain berubah dan membangun sama, ia adalah ilmu yang memberi suluh kepada kehidupan dan ganjarannya tidak saja di dunia tetapi di akhirat juga.

Apalagi sekiranya dengan watak keibubapaan yang menjadi teladan dan ikutan, jiwa didik dan bimbing yang berterusan, memperkasa ilmu dan keterampilan anak-anak, bakal menjadikan anggota keluarga yang berkualiti dan sentiasa ingin menyumbang kepada orang lain. Sekiranya ini berlaku, kita bakal meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah yang tidak saja ada kesan duniawi dalam amalnya tetapi juga memberikan natijah baik kepada ibubapanya yang telah pergi.

Oleh itu, jiwa bersyukur dalam erti kata yang luas harus sifatnya terpancar dalam amal dan perbuatan. Rasa keberhutangan kita dengan Allah kerana rahmah dan nikmatnya yang tidak terhitung kita jelmakan dengan memperkasa ilmu dan akhlak kemudian sentiasa bertekad untuk menyumbang supaya umat dapat diperkasa.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Sumber: Utusan Malaysia

Rasulullah perangi bapa mentua di Perang Uhud

Rasulullah perangi bapa mentua di Perang Uhud
Susunan SITI AINIZA KAMSARI


DALAM mana-mana peperangan sebelum ini, Abu Dujanah sangat terkenal sebagai panglima perang yang begitu menggerunkan pihak musuh. Apabila beliau mula melilitkan serban merah di kepala semua orang tahu kerana ia menandakan dirinya siap bertempur sampai mati.

Maka ia terkenal dengan jolokan Ashabatul Hamra atau Ashabatul Maut bermakna Si Ikat Kepala Merah atau Ikat Kepala Maut!

Abu Dujanah seorang yang sangat berani. Laksana harimau keluar daripada semak belukar, beliau akan maju menyerang musuh dan membunuh siapa saja dari kaum musyrikin yang berani mendekatinya.

(Nama Abu Dujanah menjadi satu lambang perjuangan sehinggalah ia menjadi satu nama gelaran kepada seorang anggota kepimpinan Jemaah Islamiah (JI) Indonesia, Ainul Bahri, 43 yang dipercayai kini sedang menjalani tempoh penjara 15 tahun. Pada tahun 2008 dia di dapati bersalah terlibat dalam pelbagai kegiatan keganasan)

Dalam sebuah riwayat yang terkenal, selepas mendapat pedang daripada Rasulullah itu, Abu Dujanah pun berjalan dengan megahnya di tengahtengah barisan tentera. Kelihatan seperti seorang yang sombong atau meninggi diri sehingga baginda pun berkata; "Sesungguhnya gaya berjalan seperti itu dimurkai Allah kecuali di dalam suasana perang seperti ini."

Tetapi anda tahu bahawa Abu Dujanah benar-benar seorang pahlawan apabila dalam Perang Uhud itu entah berapa ramai musuh yang tumpas dan maut dek penangan libasan pedangnya.

Di pihak musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Suffian bin Harb yang tidak kurang hebat mengatur strategi peperangan walaupun dengan jumlah 3,000 anggota tentera beliau sudah menempah kemenangan dengan mudah.

Namun tahukah anda bahawa pada masa ini Abu Suffian sebenarnya bukan orang lain kepada Rasulullah, bahkan merupakan bapa mertua atau dengan lain perkataan bahawa baginda merupakan menantu kepada Abu Suffian.

Ini apabila baginda mengahwini anak perempuan Abu Suffian, Ramlah atau lebih dikenali sebagai Ummu Habibah.

Namun demi menegakkan kebenaran dan kesucian Islam, baginda terpaksa juga bertempur dengan Abu Suffian.

Bukit Uhud kemudiannya menyaksikan kedua-dua belah pihak memulakan peperangan dengan perlawanan satu lawan satu pun bermula. Ini apabila pihak tentera-tentera musyrik mula mencabar pihak tentera Islam.

Ini dimulai oleh Thalhah bin Abi Thalhah al Abdari, salah seorang anggota pasukan berkuda Quraisy yang paling berani maju ke hadapan dan mencabar untuk berlawan dengan mana-mana pahlawan Islam.

Thalhah sememangnya pahlawan Quraisy yang digeruni kerana itu beliau sering digelar "Kambing Jantan Tentera Quraisy." Tetapi beliau langsung tidak diberi peluang untuk beraksi dan mempamerkan kehebatan apabila sahabat baginda, Az Zubair dengan tangkas melompat ke arah Thalhah dan menarik pahlawan Quraisy itu terus menyembam ke bumi dan dipancung lehernya oleh pahlawan Islam itu.

Menyaksikan kemenangan pertama itu, baginda pun bersama-sama tentera Islam yang lain terus bertakbir bagi menyemarakkan lagi semangat di saat terlalu lebar jurang antara jumlah tentera Islam dan tentera Quraisy itu; Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Kata Rasulullah dengan penuh semangat; "Setiap Nabi memiliki pengikut-pengikut yang setia (hawari) dan pengikut setiaku adalah Az Zubair!"

Pertempuran satu lawan satu ini berlarutan sehingga seramai 12 pahlawan Quraisy mati kesemuanya di tangan pahlawan-pahlawan Islam yang gagah perkasa terutamanya Ali bin Abi Talib, Hamzah bin Abdul Mutalib, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas dan lain-lain lagi.

Sebagai ketua perang di pihak Quraisy, Abu Suffian sangat marah dan kecewa apabila satu demi satu pahlawannya tumbang dan beliau sendiri akhirnya melaungkan suara dengan kuat mengisytiharkan perang untuk menyerang tentera Islam.

Wednesday, 11 May 2011

Tinggalkan 24 perkara ini



Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANN IRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAH IM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga ~
  ArE PeaCe

Perbalahan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.  

       Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.  

       Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.  

       Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.  

       Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.  
  
  
Moral & Iktibar  

  Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. 
  Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat. 
  Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan. 
  Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana. 
  Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri. 
  Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit. 
  Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya. 
  Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya. 
  Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa. 
  Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga.  

Monday, 9 May 2011

Mungkinkah Dia Kay…Wanita Yang Sangat Disayangi Sudirman?

Mungkinkah Dia Kay…Wanita Yang Sangat Disayangi Sudirman? 
Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya 
aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau 
Aku sendiri tidak terkecuali. 
Aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian 
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya Description: cid:image001.jpg@01CBD33A.D09F8430

Kisah sedih perceraian mereka ada diceritakan oleh Norkumalasari di sini..
Description: cid:image002.jpg@01CBD33A.D09F8430

http://miraks.multiply.com/journal/item/13/SUDIRMAN_-_ROBOHNYA_MAHLIGAI_CINTA 
Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut 
namun kira-kira dua mingga lalu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan 
hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu??? 
aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini 
akhirnya aku menemui sebuah blog yang berjudul www.loveingratitude.com 
penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana 
aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing 
tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang 
persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu? 
Wallahualam… 
  
Seperti yg diceritakan oleh Noor Kumalasari… 
Description: cid:image003.jpg@01CBD33A.D09F8430 
Description: cid:image004.jpg@01CBD33A.D09F8430 
PERCINTAAN dan perkahwinan dengan Kamariah Jamaludin atau lebih dikenali Kay adalah sesuatu yang indah buat Sudirman Haji Arshad. 
Sudirman pernah memberitahu sahabat baiknya, pelakon dan penyanyi Noorkumalasari bahawa Kay adalah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya. Mereka disatukan pada Hari Valantine - 14 Februari 1981 selepas Sudirman menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Kay yang bekerja di Petronas adalah pilihan hati Sudirman yang dikenali sejak kecil lagi.
Pastinya berita perkahwinan mereka diterima baik peminat kerana percintaan mereka bukan rahsia lagi. 

Bagaimanapun, takdir menentukan segalanya apabila mahligai cinta yang dibina dengan kasih sayang roboh bak istana pasir dilanda ombak. Perkahwinan mereka cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, 2 perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal. 

Sudirman merakamkan kedukaannya melalui pahit getir penceraian menerusi lagunya Terasing dan Merisik Khabar, malah beliau turut mencipta lagu Setiamu Tiada Lagi dendangan Ibnor Riza. Setelah bercerai, Sudirman menumpukan seluruh tenaga kepada kariernya termasuk menulis, melukis, dan menubuhkan syarikatnya sendiri.
Sahabat baik Sudirman, penyanyi Noorkumalasari dalam catatan mengenai Allahyarham yang disiarkan dalam Harian Metro pada 1992 berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay. 

Sewaktu hampir berpisah dengan Kay, Sudirman menelefon Noorkumalasari supaya dapat menjadi saksi ketika dia melafazkan cerai. Noorkumalasari bersama-sama bekas suaminya ketika itu bergegas ke rumah Sudirman di Bangsar. 
Noorkumalasati berkata "Suasana malam itu begitu sayu menjelang perpisahan mereka. Kedua-duanya kelihatan seperti biasa. Sebaik cerai dilafazkan, mereka tiba-tiba bertangisan. Air mata tidakdapat dibendung lagi, lalu kedua-duanya berpelukan. Begitu sayumenyaksikan peristiwa itu." 
Noorkumalasari tidak dapat menahan sebak, seterusnya turut menangis sama. Sudirman, katanya, ketika itu berada dalam keadaan tidak tentu arah. Siapa sangka percintaan yang mereka pupuk sekian lama berakhir dengan cara begitu. Namun, Noorkumalasari  memuji caranya yang begitu gentleman.
 
 
Noorkumalasari berkata lagi : "Sejak perpisahan itu jugalah, timbul semacam perubahan pada diri Sudir. Peminatnya mungkin tidak perasan mengenai perubahan ini. Tetapi di kalangan rakan artis, apatah lagi mereka yang rapat dengannya, perubahandiri Sudir itu jelas ketara. 
"Percayalah kalau Noor katakan, meskipun di antara Allahyarham dan Kaytiada sebarang ikatan, namun Allahyarham masih terus menyarung cincin perkahwinan mereka. Noor sendiri kehairanan mengapa Allahyarham bersikap begitu?" 
Noorkumalasari ada menasihati Allahyarham agar menerima hakikat hidup. "Payah juga hendak dilentur, tetapi lama kelamaan, jika tidak silap Noor di antara dua atau tiga tahun, barulah Allahyarham menanggalkan cincin itu daripada jarinya," cerita Noorkumalasari lagi. 
Dan….inilah Kay sekarang…


info dari johana farhanDescription: cid:image005.jpg@01CBD33A.D09F8430
Description: cid:image006.jpg@01CBD33A.D09F8430

A very good reminder to all of us inclusive myself... NABI SAW SAYANGKAN ANAK KECIL


 NABI SAW SAYANGKAN ANAK KECIL

Nabi Muhammad Sallahu’alaihiwasallam bersabda :
( أحب الأسماء إلى الله تعالى، عبد الله وعبد الــرحــمـن ) ( مسلم )
“Sebaik-baik nama disisi Allah ialah ABDULLAH dan ABDURRAHMAN” (Riwayat Muslim)

Ia membawa maksud bahawa pemilihan nama-nama yang baik bagi anak itu memang satu kewajipan kepada si bapa. Ini juga adalah dakwah yang pertama kepada si anak kecil. 
 Seiring dengan pemilihan nama tersebut, aqiqah juga dianjurkan sesuai dengan sabda baginda :
( مع الغلام عقيقة، فأهريقوا عنه دما وأميطوا عنه الأذى ) ( البخاري ).
“setiap anak kecil itu dilakukan aqiqah, tumpahkan darah (haiwan aqiqah) dan peliharanya daripada perkara yang menyakitkan” (Riwayat Bukhari)

Rasulullah seorang yang kaya dengan nasihat dan hikmahnya, pada satu hari baginda pernah menasihatkan kepada Ibn Abbas dengan katanya :
( يا غلام، احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، ولو اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفت الصحف )( أحمد ).
 “Wahai anakku, jagalah Allah (dari melakukan perkara yang dilarang) dan Allah pasti menjagamu dan Allah sentiasa berada disisimu, jika kamu minta sesuatu Allah akan perkenankan, jika kamu minta bantuan Allah akan hulurkan bantuan, dan ketahuilah bahawa jika satu umat ingin memberikan manfaat kepada kamu, tidak akan berfungsi kemanfaatan tersebut kecuali dengan izin Allah, begitulah juga jika satu kumpulan yang ingin memberikan mudharat kepada kita, mudharat itu tidak terkena kepada kita kecuali jika diizinkan oleh Allah, perkara itu sudah tertulis” (Riwayat Ahmad)

Baginda juga berpesan juga kepada Amru bin ‘As :
(مروا أولادكم بالصلاة لسبع، واضربوهم عليها لعشر، وفرقوا بينهم في المضاجع ) : ( أحمد ).
“suruh anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka (apabila mereka tidak bersolat) apabila usia mereka mencecah sepuluh tahun, dan asingkan bilik tidur mereka (yang berlainan jantina)” (Riwayat Ahmad)

Anak-anak kita sudah bersedia untuk bersolat? Beberapa tahun dahulu, saya pernah diamanahkan untuk mengajar seorang anak kecil mengaji AlQuran, fardhu ain dan Bahasa Arab secara individu dirumahnya, ibunya lebih dahulu mengatakan “ustaz, jangan ajar banyak-banyak sangat, maklumlah anak kecil, tak dapat serap ilmu banyak-banyak tu” ujar ibu tersebut. Ketika itu, saya sedang mengajarkan kepada anaknya ilmu fekah iaitu jenis air yang suci dan cara berwudhuk. Sebenarnya, anak-anak kecil inilah yang dapat menyerap ilmu lebih banyak berbanding dengan orang dewasa seperti kita yang sinonim dengan peribahasa ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

Baginda juga menyuruh kita adilkan kasih sayang kepada semua anak kita. Dalam satu riwayat alBaihaqi, ada seorang lelaki didatangi anak lelakinya, lalu dicium dan diletakkan di pangkuannya. Kemudian, datang pula anak perempuannya dan diletakkan terus ke pangkuan (tanpa dicium seperti dilakukannya tadi), lalu Baginda menegur “kamu tidak adil kepada kedua anak kamu” (Riwayat alBaihaqi)

“ha, tengok abang kau! Dia rajin, kau malas! Nanti ummi belikan abang kau hadiah, kau duduk la dirumah” bentak ibunya yang sudah geram dengan karenah anak bongsunya.
Adakah itu sebahagian dari dialog kita dirumah?

Begitulah kasihnya Baginda kepada golongan yang comel lagi kecil ini dan dinasihatkan kepada umatnya agar memberikan kasih sayang yang seadil-adilnya kepada anak-anak kita. Bagaimana dengan kita? Adakah kita lakukan sama seperti Baginda sabdakan? 

Ataupun kita menganggap itu remeh dan tak penting sedangkan itulah juga wasiat nabi kepada kita sebagai umatnya.

Kasihnya nabi terhadap anak kecil tergambar dalam sebuah hadith lagi :
( إني لأدخل في الصلاة وأنا أريد إطالتها، فأسمع بكاء الصبي، فأتجوز في صلاتي(أي أسرع) مما أعلم من وجد أمه من بكائه )( البخاري )
“aku mendirikan solat dan aku ingin memanjangkan solat ku (berjemaah), tiba-tiba aku dengar tangisan budak kecil, lalu aku terus ringkaskan solatku kerana aku tahu bahawa siibu akan terganggu (khusyuknya solat) dengan tangisan anaknya” (Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah tidak berpura-pura menyatakan kasihnya terhadap anak kecil. Pada satu ketika, apabila berjumpa dengan Abu Umair, lalu Baginda berkata “Abu Umair,apa yang sedang dilakukan oleh si Naghir (burung pipit) (kiasan kepada anak kecil)?

Baginda seorang pemerintah, panglima perang, ketua tentera, ketua polis,  ketua segala ketua, tetapi baginda sanggup menyapa sahabat-sahabatnya dengan gurauan yang penuh dengan kasih sayang. Bukan sahaja terhadap mereka tetapi kepada anak-anak kecil mereka. Dahsyatnya cinta Baginda kepada umatnya…

Baginda memang contoh teladan. Umar bin Abu Salamah menceritakan :
( كنت غلاماً في حجر النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ : يا غلام، سم الله، وكل بيمينك، وكل مما يليك، فما زالت طعمتي بعد )( البخاري )..
“ketika aku kecil dipangkuan Rasulullah, ketika itu tanganku mula mencapai pinggan, kemudian Rasulullah terus berkata “wahai anak kecil, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan makanan yang hampir pada kamu” sehinggalah cara makan itu aku lakukan sehingga kini”(Riwayat Bukhari)

Itulah kehebatan cintanya Baginda kepada anak-anak kecil. Bagaimana pula dengan kita? Dapatkah kita ajar dan berusaha serapkan ilmu solat mulai umur 7 tahun, dapatkan kita adilkan ciuman kita pada setiap anak-anak?, dapatkah kita lakukan semua itu? Mudah-mudahan Allah mempermudahkan usaha kita semua apabila kita sudah niatkan ‘aku akan lakukan sepertimana yang Baginda telah lakukan…’
AMIN…

http://mesrarakyat.wordpress.com/page/3