Tuesday, 14 June 2011

Manifestasi Hijrah


image.png

Hijrah dari sudut rohaniah, sebenarnya berlaku sepanjang masa,
bagi orang yang melakukan  perubahan dari keburukan kepada
kebaikan dan dari baik menjadi lebih baik. Perubahan  ini
dijadikan penanda aras sama ada perjuangan untuk meletakan
diri sebagai hambaNya yang lebih berjaya dibuktikan atau juga
disebaliknya.

Muhasabah diri, nilai dan perhatikan dalam diri dengan ikhlas bagi
mencari kebenaran akan apa yang telah dilakukan. sekiranya 
telah berjaya melakukan yang lebih baik, maka tingkatkan lagi
agar kebaikan itu bertambah. Sesuatu kebaikan yang dilakukan
pasti ada kesannya biarpun tidak sepenuhnya dicapai. Oleh itu
kita tidak boleh berputus asa. Allah tetap memberi ganjaran
kebaikan biarpun apa yang dilakukan tidak berhasil kerana setiap
usaha untuk melakukan kebaikan dan tindakan yang dilakukan
untuk itu tetapi dinilai sebagai pahala.

Jangan bersedih andai  kiranya tidak berjaya setelah berusaha.
Kita perlu lebih bersemangat untuk berusaha setiap kali berdepan
dengan kegagalan. Anggapkan kegagalan itu sebagai permulaan
kepada kejayaan dan bukannya sebagai penamat usaha. Menerima
kegagalan itu adalah lebih baik daripada tidak pernah berusaha.

Dalam kontek pembinaan umah, roh hijrah adalah suatu keutamaan.
Kegagalan umat Islam bukan kerana ditakdirkan, tetapi satu keadaan
yang berpunca daripada kelemahan diri sendiri. Oleh itu usaha ber-
sungguh-sunggu perlu dilakukan secara bersistematik, berterusan
dan betul pendekatannya.

Jika kita mengkaji kejayaan tamaddun Islam, perkara paling jelas
yang membawa kepada kejayaan ialah semangat jihad, pengorbanan,
kesunguhan dan komitmen jitu yang berteraskan kepada taqwa 
semata-mata untuk memenuhi tuntutan agama.

Ajaran Islam sentiasa mementingkan usaha menuju kebaikan dan
kejayaan. Apa yang dilarang oleh Allah bermakna ia merupakan 
perbuatan yang mendatangkan keburukan dan membawa kepada
kegagalan hidup, justeru kita perlu berhijrah meninggalkan semua
perkara yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh.
Firman Allah swt yang bermaksud:
'' Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad 
dijalan Allah (fisabillah), mereka itulah yang boleh mengharap
(mendapat) rahmat dariNya."
(al-Baqarah;218)

No comments:

Post a Comment